Thursday, June 10, 2010

sami yusuf | MY UMMAH


Kesinambungan dari sambutan yang amat menggalakkan dari penggemar-penggemar muzik di Malaysia terhadap album ‘Thank You Allah’ oleh Maher Zain, Inteam Records Sdn Bhd sekali lagi mengikat tali kerjasama dengan Awakening Records yang bertapak di United Kingdom untuk memasarkan album ‘My Ummah’ di pasaran Malaysia. Bezanya kali ini, album yang dimaksudkan menampilkan penyanyi yang cukup terkenal di arena antarabangsa iaitu Sami Yusuf.

Sami Yusuf cukup dikenali sebagai seorang artis yang berbakat besar dan lengkap pakejnya. Selain mendapat gelaran sebagai penyanyi professional, beliau juga merupakan seorang komposer berpengalaman dan ahli muzik yang luas pengetahuannya. Beliau mendapat pendidikan muzik dari komposer-komposer ternama dari Royal Academy of Music di London, salah satu institusi muzik yang paling berprestij di dunia. Beliau juga memiliki pengetahuan luas tentang konsep muzik dari Timur Tengah dan sudah menjadi kebiasaan beliau untuk menggabungkan elemen muzik dari Timur Tengah dan Barat dalam album-album beliau.

Sejak tahun 2003, album pertama beliau ‘Al-Mu’allim’ dan album kedua ‘My Ummah’ telah terjual lebih 5 000 000 unit di seluruh dunia. Malangnya album ‘My Ummah’ belum terdapat di pasaran Malaysia sehinggalah Inteam Records Sdn Bhd yang berusaha memasarkan album ini di sini. ‘My Ummah’ mengandungi 15 trek lagu yang menampilkan lagu-lagu dari bahasa Inggeris, Arab dan juga Turki. Kesemua lagu yang terkandung menampilkan kualiti bunyi yang sangat bagus baik pada muzik dan vokalnya. Antara lagu-lagu tersebut adalah ‘My Ummah’, ‘Hasbi Rabbi’, ‘Mother’ dan pelbagai lagi.

Album ini sudahpun berada di pasaran sejak 10 Jun yang lalu dan dijual dengan harga yang berpatutan iaitu RM27.90 bagi format cakera padat. Album ini juga boleh didapati menerusi laman maya www.inteammobile.com sementara stok masih ada. Jangan ketinggalan untuk dapatkan album ‘Sami Yusuf – My Ummah’ dan jadikan ia salah satu koleksi pribadi berharga buat anda. Selamat mendengar.

No comments: