Monday, March 3, 2008

Tiket bas habis!!!

Semalam saya pergi ke stesen bas jalan duta untuk membeli tiket bas balik ke Gerik ( kampung halaman )... tapi x ada rezeki sebab tiket semuanya dah habis disebabkan musim orang balik mengundi dan musim cuti sekolah... walaubagaimanapun saya tetap kena balik juga kerana sudah berjanji dengan kenalan karib sejak kecil untuk menghadiri majlis perkahwinannnya... alhamdulillah tiket ke Ipoh masih ada saki baki... jadi saya akan turun di Ipoh pada pagi Jumaat dan ambil bas lain pula untuk ke Kuala Kangsar - Lenggong dan terus ke Gerik... memanglah letih sedikit tapi demi sebuah persahabatan apa lah sangat...

No comments: