Dari Abdullah r.a katanya: ”Rasulullah s.a.w bersabda:”
Hai para pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah sanggup memikul tanggungjawab berumahtangga, maka kahwinlah! Kerana perkahwinan itu dapat menundukkan mata dan kemaluan (dari dosa). Siapa yang belum sanggup, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu berahi.”

Alhamdulillah dengan izin Allah yang Maha Kuasa, berlangsung sudah majlis pernikahan dan majlis perkahwinan Cikgu Ee (cikgu yang sangat saya kasihi) dengan isteri pilihannya Cikgu Syafina. Majlis pernikahan diadakan di Masjid Imam Ash-Syafiie, Taman Maluri, Cheras. Majlis kenduri pula berlangsung di dewan masjid yang sama...
Hakikatnya kita semua bersaudara...