Thursday, December 4, 2008

KEMENANGAN YANG TIDAK DIDUGA

Acara : Bowling Tournament
Anjuran : Masjid An Nur, Singapore
Tempat : Super Bowl, Yishun, Singapore


Antara peserta-peserta pertandingan tu...
Tempat ke-2 : ( Abg.Z, Shah, Amin, Rahim, dan saya )


Secara tak sengaja saya dianugerahkan 'BEST BOWLER OF THE DAY'...hehe.
Thanks to Abg.Z ( coach dan motivator yang banyak membantu tanpa jemu ).

Tuesday, November 11, 2008

MAJLIS MENYAMBUT MENANTU DI GRIK, PERAK

Syukur alhamdulillah segala urusan kenduri sudah selesai dan berjalan dengan baik... Terimakasih yang tidak terhingga kepada semua sahabat-sahabat yang sudi bertandang ke Gerik, Perak walaupun terpaksa menempuh perjalanan yang agak jauh... Maafkan setiap kekurangan yang ada dan terimakasih kepada semua yang tak jemu jemu membantu saya... Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya...







Fotografer : Abdullah Roslan ( kawan paling rapat sejak tadika lagi...hehe. Thanks Lah. )

Tuesday, November 4, 2008

Mengharap redha-Mu ya Allah

Tiada ungkapan lain yang mampu saya ungkapkan selain SYUKUR ALHAMDULILLAH.













Terima kasih ya Allah...

Tuesday, October 21, 2008

DOAKAN KAMI BERDUA...


Doa kalian yang saya harapkan... doakan kami berdua...

Monday, October 6, 2008

SYAWAL 1429H


ini lah keluarga saya...bergambar kenangan di pagi raya pertama selepas solat sunat aidilfitri...doakan kami sekeluarga sentiasa dirahmati dan diberkati Allah swt...
Lokasi : Teratak ayah bonda ( Kg.Batu 6, Grik, Perak )

Friday, August 29, 2008

SELAMAT BERPUASA


SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA SAHABAT-SAHABAT...
BERPUASA KITA HANYA KERANA ALLAH YANG MAHA ESA...
MOGA IBADAH PUASA KITA DITERIMA... AMIN.

Tuesday, August 19, 2008

CIKGU EE ( cikgu Math saya )

Dari Abdullah r.a katanya: ”Rasulullah s.a.w bersabda:”
Hai para pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah sanggup memikul tanggungjawab berumahtangga, maka kahwinlah! Kerana perkahwinan itu dapat menundukkan mata dan kemaluan (dari dosa). Siapa yang belum sanggup, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu berahi.”



Alhamdulillah dengan izin Allah yang Maha Kuasa, berlangsung sudah majlis pernikahan dan majlis perkahwinan Cikgu Ee (cikgu yang sangat saya kasihi) dengan isteri pilihannya Cikgu Syafina. Majlis pernikahan diadakan di Masjid Imam Ash-Syafiie, Taman Maluri, Cheras. Majlis kenduri pula berlangsung di dewan masjid yang sama...


Sedikit latar belakang berkenaan Cikgu Ee…nama penuhnya adalah Ee Teck Oon ( berbangsa Cina )… beliau adalah guru Matematik saya ketika darjah 4,5 & 6 (1993, 1994, 1995 ) dan beliau juga adalah ‘coach volleyball’ saya pada ketika itu… hampir 13 tahun kami berpisah dan Allah pertemukan kami semula pada awal tahun 2008 dengan membawa berita yang sangat menggembirakan saya dan semua orang… Alhamdulillah… Cikgu Ee telah memeluk agama ISLAM pada bulan Mac 2007… Dan setelah itu dia dikenali dengan nama ( Muhammad Ee Bin Abdullah )… Sama-sama kita mendoakan Cikgu Ee moga Allah swt sentiasa merahmatinya… Amin.






Hakikatnya kita semua bersaudara...

Thursday, July 31, 2008

MASA = WAKTU



Assalamualaikum, kesibukan pada bulan Julai tidak mengizinkan saya untuk membaik pulih blog saya ni (hehe :-) )...maaf lah... yang kat atas tu jadual untuk bulan 8 setakat ini... macam sibuk juga kan? Doakan saya dan inteam ya...

Tuesday, July 1, 2008

PULAU KAPAS 27-30 JUN 2008

Subhanallah...Allah pencipta TERAGUNG...saat mula-mula mata saya menatap keindahan Pulau Kapas dari jauh (dari atas bot)...dapat saya rasakan percutian saya kali ini benar-benar akan meninggalkan banyak kenangan manis...bersama dengan 3 orang sahabat karib...kami tinggalkan sebentar kesibukan kotaraya Kuala Lumpur untuk sama-sama berehat sambil mencari ilham (hehe)...percutian ini adalah ihsan dari Jo yang telah mendapat baucer penginapan percuma selama 3 hari 2 malam di pulau yang sangat indah ini...kalau x ada baucer ni...akan jadi besar la kos nya...hehe...terimakasih Jo...nanti kalau dapat baucer lagi...kita pegi pulau lain pulak ye..



Alhamdulillah...selama berada di sana...segalanya dipermudahkan oleh Allah yang Maha Esa...mata tak jemu menatap keindahan sekitar pulau...hati tak resah dek ketenangan lukisan yang tiada tandingan..jiwa terasa damai dengan bunyian alam yang tak henti bersuara...diri bagai tidak percaya dapat melihat kehidupan di dasar laut... sesungguhnya saya amat rindukan suasana itu...

Monday, May 26, 2008

ALBUM TERBARU INTEAM RECORDS


USTAZ AKHIL HAYY ( NASYID LEGENDA II )

USTAZ NAZREY JOHANI ( NASYID NOSTALGIA MEMORI THE ZIKR )

Bagi mereka yang sudah lama mencari-cari halwa telinga yang boleh menyuburkan jiwa dan menenangkan gelora perasaan...bolehlah dapatkan kedua-dua album ini di pasaran...nyanyian terbaik oleh dua penyanyi nasyid yang tak perlu diperkenalkan lagi...selamat mendengar dan sebarang komen tentang album ini bolehlah dititipkan di sini...terima kasih ye...

Tuesday, May 6, 2008

6 MEI 1983 - 6 MEI 2008

Alhamdulillah syukur ku panjatkan pada Mu ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...Genaplah sudah 25 tahun aku berada di dunia Mu dan moga masih panjang perjalanan hidupku untuk terus mencari keredhaanMu dan merasai segala nikmat pemberianMu...

Ya Allah berkatilah umurku... berkatilah segala usahaku... berkatilah rezekiku... dan mogaku terpilih untuk menjadi hambaMu yang beriman dan bertaqwa hanya padaMu ya Allah...

Buat ma dan abah...anakanda memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan dan dosa yang pernah anakanda lakukan...anakanda perlukan doa ma dan abah buat bekalan diri dalam menempuh kehidupan di dunia yang fana ini... Amin.

Terima kasih juga buat insan teristimewa dan semua sahabat-sahabat yang mengenali diriku...



sambutan kecil-kecilan di pejabat... terimakasih kepada semua...

Sunday, May 4, 2008

:: SELAMAT PENGANTIN BARU ZD & MAZ ::





Alhamdulillah selesai sudah majlis perkahwinan salah seorang sahabat karib saya... moga kekal bahagia hingga ke syurga dan dianugerahkan zuriat yang comel dan soleh... amin...majlis berlangsung di Klang pada hari sabtu yang lepas...majlis akad nikah berlangsung sehari lebih awal ( Jumaat : 2.5.2008 )...

Tahniah Di...dan sampailah sudah masanya untuk demo merasa kehebatan cinta selepas kahwin...moga dipanjangkan umur dan jangan lupakan rakan-rakan yang masih bujang ni...hehe.




Wednesday, April 23, 2008

Seribu cerita


Terimakasih min dan isteri kerana mendoakan perkara kebaikan buat saya di hadapan kaabah... belum rezeki saya untuk sampai ke tanah suci namun harapan setinggi gunung saya pahatkan di dalam jiwa moga suatu hari nanti akan tiba giliran saya pula... Amin... Terimakasih juga untuk jubah dan tasbih yang sangat cantik dan sungguh bermakna...


Berehat di dalam sebuah rumah impian di Seberang Jaya, Pulau Pinang sebelum persembahan bermula ketika Majlis Sambutan Maulidur Rasul baru-baru ni... Rumah kayu... sungguh menenangkan dan hilanglah segala kepenatan...



Bergambar kenangan bersama saudara mara ustaz Rozie... sambil-sambil bergambar ketika Fotografi shoot di Pandan Indah untuk cover album bacaan Al-Quran bertarannum Ustaz Rozie...


" sekeping gambar...seribu cerita..."


Wednesday, March 5, 2008

VIDEO CLIP SALAMUN SALAM

alhamdulillah...selesai sudah penggambaran video clip 'salamun salam' tepat jam 9 malam td... Salamun salam ni lagu baru yang menggabungkan Akhil Hayy, Nazrey Johani, Inteam dan Far East... Sedap lagunya seindah senikatanya... menjelang sambutan maulidur rasul ni insyaAllah akan ada tayangannya di tv... tunggu ye...

huh... penat dan lesu tubuh badan saya sepanjang 2 hari ni... semalam pulang rumah selewat jam 5 pagi... menjaga recording Bro.Nazrey di Studio Inteam... petang sampai malam pula terlibat secara langsung dalam shooting video clip... dan sekarang saya berada di studio sedang menunggu bro.nazrey yang tak sampai-sampai lagi untuk continue recording album solo ke-2 nya... album apa???? tunggu lah... nanti saya bgtau... tapi yang pasti album ini akan menggamit memori semua yang mengenali apa itu nasyid... tunggu ya... :-)

Monday, March 3, 2008

Tiket bas habis!!!

Semalam saya pergi ke stesen bas jalan duta untuk membeli tiket bas balik ke Gerik ( kampung halaman )... tapi x ada rezeki sebab tiket semuanya dah habis disebabkan musim orang balik mengundi dan musim cuti sekolah... walaubagaimanapun saya tetap kena balik juga kerana sudah berjanji dengan kenalan karib sejak kecil untuk menghadiri majlis perkahwinannnya... alhamdulillah tiket ke Ipoh masih ada saki baki... jadi saya akan turun di Ipoh pada pagi Jumaat dan ambil bas lain pula untuk ke Kuala Kangsar - Lenggong dan terus ke Gerik... memanglah letih sedikit tapi demi sebuah persahabatan apa lah sangat...

Tuesday, February 12, 2008

SATU RASA DUA HATI


Buku ni adalah buku terbaru yang saya sedang baca... terima kasih kepada Kak Alia Galeri Ilmu kerana memberi diskaun yang banyak kepada saya...hehe...terimakasih juga kepada Ustaz Pahrol di atas setiap inci ilmu yang dicurahkan...sesungguhnya insan yang dhaif ini amat-amat memerlukan didikan dan tunjuk ajar dalam menjalani arus kehidupan yang sangat subjektif...

'Satu Rasa Dua Hati ' adalah sebuah buku yang keseluruhannya mengajar kita bagaimana untuk mencipta cinta sepanjang perkahwinan... falsafah yang digunakan agak tinggi tapi dengan gaya bahasa yang sangat indah, santai dan olahan yang mudah untuk difahami dan dipraktikkan...sangat menyentuh kalbu...terima kasih ustaz Pahrol...

Tuesday, February 5, 2008

FOTOGRAFI

Assalamualaikum,
Hampir separuh hari saya berada di Gap' Studio di Pandan Indah untuk membuat photo shoot di sana... Saya membawa Ust.Asri Ibrahim ( Ust.Asri Rabbani ) membuat photo shoot untuk album solo terbaru beliau... Jangan salah sangka!!! Ust.Asri bukanlah meninggalkan Rabbani dengan bergerak secara solo... ini hanyalah untuk album selawat dan zikir sepertimana yang beliau biasa buat sebelum ni...Saya percaya tentu ramai yang sudah sedia maklum dengan album-album zikir beliau... Bertemankan Abg.Ito Lara dan Abg.Azadan Rabbani... suasana menjadi bertambah ceria dan penuh dengan kegembiaraan...hehe..

Hehe... yang ni saje-saje je...tak terlibat dalam cover album yang bakal dibuat...

terimakasih la ustaz...saya main-main je...bukan betul-betul suruh posing...hehe..

Friday, February 1, 2008

Tidak sah solat jika salah baca al-Fatihah

Soalan : SAYA tertarik dengan ulasan ustaz tentang kewajipan imam terhadap fatihah makmum. Bagaimanapun, masalah di tempat saya ialah bagaimana hendak menasihatkan atau menegur bacaan imam yang fatihahnya tidak fasih?

Jawapan : Perkara yang salah tidak boleh dibiarkan. Lebih-lebih lagi dalam persoalan yang berkaitan dengan ibadat. Allah s.w.t. memfardukan solat dan menjadikan bacaan fatihah di dalamnya sebagai rukun. Maka, tidak sah solat yang tidak dibaca fatihah. Juga tidak sah solat jika fatihah yang dibaca salah sehingga mengubah makna sebenar yang dikehendaki Allah s.w.t.

Kesalahan dalam bacaan al-Quran terbahagi kepada dua, pertamanya: lahn khafi (kesalahan yang kecil, kesalahan yang tidak mengubah makna seperti bunyi ra berulang, atau menebalkan lam).

Keduanya: lahn jali (kesalahan yang jelas mengubah makna seperti mengubah baris depan kepada baris bawah, atau mengubah sifat huruf tho kepada ta atau dal).
Kedua-dua keadaan ini dihukum haram dilakukan, pendapat ini disebut oleh al-Barkawiy. (al-Barkawiy, Nihayah al-Mufid, hlm:29).

Namun daripada bahagian pertama biasanya disedari oleh ahli quran yang mahir dalam soal fasahah, yang meliputi makhraj, sifat dan wakaf serta ibtida’.
Lahn jali disedari oleh orang awam, ini kerana kesalahannya jelas. (Abdul Fattah ‘Ajami al-Marsafiy, Hidayah al-Qori, jld:1, hlm:55 ).

Sekiranya kesalahan imam hanya termasuk dalam lahn khafi, maka bacaannya dan solatnya sah. Namun perlu dibetulkan bacaannya, sekiranya kesalahan itu boleh diperbaiki.
Jika kesalahan dalam bacaan boleh menyebabkan maknanya berubah maka wajib imam itu diberitahu akan kesalahannya supaya dapat dia perbetulkan bacaannya.

Jika susah diperbaiki bacaannya keran usia yang tua atau sebab ketiadaan gigi atau kerana keuzuran, maka imam itu perlulah mengundur diri dan diganti dengan imam lain.
Kadang-kadang bacaan imam menjadi punca kenapa orang ramai tidak berminat ke masjid atau surau.

Walaupun ini tidak sepatutnya berlaku, namun setiap orang yang ke masjid adalah untuk beribadat, tetapi bila didengar bacaan imam yang banyak salah ini menyebabkan orang kurang minat ke masjid. Lebih-lebih lagi kalau imam itu memang tidak boleh ditegur.
Allah s.w.t. berfirman: Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian. Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar. (al-‘Asr: 1-3 ).

Jawatan imam ada kelayakannya, jika kurang berkelayakan adalah lebih baik serahkan kepada orang yang mempunyai keahliannya. Terutamanya ahli al-Quran dan baik budi pekertinya
.

Wednesday, January 30, 2008

TREVELOG HAJI

Saya beruntung kerana dipertemukan dengan buku ni... alhamdulillah... kali pertama terdetik utk mendapatkan buku ni sewaktu penulisnya ( Prof Kamil ) ditemubual di ikim.fm...

Saya begitu tertarik dengan explaination beliau tentang penulisan buku ni dan apa yang membuatkan saya kagum dengan beliau ialah beliau sgt berterus terang dalam menjawab semua soalan dj ikim ( us.zamri )...

BUKU INI bukan semata-mata catatan pengembaraan insan yang menunaikan fardu haji. Buku ini juga bukan hanya merujuk kepada kisah tempat, budaya, pengangkutan, makanan, minuman dan tempat-tempat menarik dan bersejarah. Ia adalah kisah perjalanan roh insan yang melangkaui kehidupan rutin manusia.

THANKS TO PROF KAMIL KERANA SUDI BERKONGSI ILMU... MOGA ALLAH MERAHMATI PROF DAN KELUARGA... AMIN.

C U C I





Dalam kesibukan dgn kerja... sempat juga saya menonton filem ni hari isnin yang lepas... ambil peluang sebab hari tu cuti... hehe..

thanks to afif coz accept my invitation to watch this movie... overall memang best and funny cite ni... have some value of spirit of friendship and org kate berbaloi lah bayar 8 ringgit utk tgk cite ni...

sebenarnya saya memang peminat afdlin syauki... so far tak terlepas lagi tgk semua filem lakonan die... die memang slamber dan berilmu...