Friday, August 29, 2008

SELAMAT BERPUASA


SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA SAHABAT-SAHABAT...
BERPUASA KITA HANYA KERANA ALLAH YANG MAHA ESA...
MOGA IBADAH PUASA KITA DITERIMA... AMIN.

Tuesday, August 19, 2008

CIKGU EE ( cikgu Math saya )

Dari Abdullah r.a katanya: ”Rasulullah s.a.w bersabda:”
Hai para pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah sanggup memikul tanggungjawab berumahtangga, maka kahwinlah! Kerana perkahwinan itu dapat menundukkan mata dan kemaluan (dari dosa). Siapa yang belum sanggup, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu berahi.”



Alhamdulillah dengan izin Allah yang Maha Kuasa, berlangsung sudah majlis pernikahan dan majlis perkahwinan Cikgu Ee (cikgu yang sangat saya kasihi) dengan isteri pilihannya Cikgu Syafina. Majlis pernikahan diadakan di Masjid Imam Ash-Syafiie, Taman Maluri, Cheras. Majlis kenduri pula berlangsung di dewan masjid yang sama...


Sedikit latar belakang berkenaan Cikgu Ee…nama penuhnya adalah Ee Teck Oon ( berbangsa Cina )… beliau adalah guru Matematik saya ketika darjah 4,5 & 6 (1993, 1994, 1995 ) dan beliau juga adalah ‘coach volleyball’ saya pada ketika itu… hampir 13 tahun kami berpisah dan Allah pertemukan kami semula pada awal tahun 2008 dengan membawa berita yang sangat menggembirakan saya dan semua orang… Alhamdulillah… Cikgu Ee telah memeluk agama ISLAM pada bulan Mac 2007… Dan setelah itu dia dikenali dengan nama ( Muhammad Ee Bin Abdullah )… Sama-sama kita mendoakan Cikgu Ee moga Allah swt sentiasa merahmatinya… Amin.






Hakikatnya kita semua bersaudara...