Monday, May 26, 2008

ALBUM TERBARU INTEAM RECORDS


USTAZ AKHIL HAYY ( NASYID LEGENDA II )

USTAZ NAZREY JOHANI ( NASYID NOSTALGIA MEMORI THE ZIKR )

Bagi mereka yang sudah lama mencari-cari halwa telinga yang boleh menyuburkan jiwa dan menenangkan gelora perasaan...bolehlah dapatkan kedua-dua album ini di pasaran...nyanyian terbaik oleh dua penyanyi nasyid yang tak perlu diperkenalkan lagi...selamat mendengar dan sebarang komen tentang album ini bolehlah dititipkan di sini...terima kasih ye...

Tuesday, May 6, 2008

6 MEI 1983 - 6 MEI 2008

Alhamdulillah syukur ku panjatkan pada Mu ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...Genaplah sudah 25 tahun aku berada di dunia Mu dan moga masih panjang perjalanan hidupku untuk terus mencari keredhaanMu dan merasai segala nikmat pemberianMu...

Ya Allah berkatilah umurku... berkatilah segala usahaku... berkatilah rezekiku... dan mogaku terpilih untuk menjadi hambaMu yang beriman dan bertaqwa hanya padaMu ya Allah...

Buat ma dan abah...anakanda memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan dan dosa yang pernah anakanda lakukan...anakanda perlukan doa ma dan abah buat bekalan diri dalam menempuh kehidupan di dunia yang fana ini... Amin.

Terima kasih juga buat insan teristimewa dan semua sahabat-sahabat yang mengenali diriku...



sambutan kecil-kecilan di pejabat... terimakasih kepada semua...

Sunday, May 4, 2008

:: SELAMAT PENGANTIN BARU ZD & MAZ ::





Alhamdulillah selesai sudah majlis perkahwinan salah seorang sahabat karib saya... moga kekal bahagia hingga ke syurga dan dianugerahkan zuriat yang comel dan soleh... amin...majlis berlangsung di Klang pada hari sabtu yang lepas...majlis akad nikah berlangsung sehari lebih awal ( Jumaat : 2.5.2008 )...

Tahniah Di...dan sampailah sudah masanya untuk demo merasa kehebatan cinta selepas kahwin...moga dipanjangkan umur dan jangan lupakan rakan-rakan yang masih bujang ni...hehe.