Tuesday, November 10, 2009

1st Anniversary

Alhamdulillah, segala puji dan syukur hanya layak untukMu ya Rahman...

Tanggal 31 Oktober dan 1 November 2009, saya, isteri dan putera sulung kami (Mu'iz Almuqri') sempat bersiar-siar di Bandar Melaka untuk menyambut ulangtahun perkahwinan pertama. Sedar tak sedar, sudah genap setahun kami mendirikan rumahtangga dan alhamdulillah cahayamata pertama kami pun dah berusia 2 bulan lebih....terimakasih ya Allah...sesungguhnya dengan kehadiran cahayamata anugerah dariMu ini, hidup kami bertambah bahagia dan penuh makna...











Wednesday, September 16, 2009

Anak Abah & Ibu

Alhamdulillah...segala puji hanya layak bagi Allah s.w.t...
Dengan keizinanNya...isteri tersayang telah selamat melahirkan seorang anak lelaki seberat 3.00 kg di Gombak Medical Centre pada 17 Ramadhan 1430h...
Saya dan isteri telah sepakat untuk menamakan anak kami dengan nama ( Muhammad Mu'iz Almuqri' )...mudah-mudahan dengan berkat kelahirannya pada malam Nuzul Quran dan juga pada bulan Ramadhan...Mu'iz Almuqri' akan menjadi anak yang soleh...yang taat pada agama Allah dan rasulNya...Amin.






Tuesday, September 1, 2009

AMAL JARIAH ALLAHYARHAM





# sudah hampir sebulan Allahyarham pergi buat selama-lamanya...namun album-album peninggalannya tetap akan menemani hari-hariku... aku rindu...

Wednesday, April 8, 2009

Monday, March 9, 2009

KASIH KEPADA BAGINDA


Ya Rasulullah (Raihan)

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat...
kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami...
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Thursday, February 26, 2009

PERJALANAN PERTAMA


Saya dan isteri tercinta akan bertolak ke Kamunting, Taiping hari ini. Perjalanan hari ini kami anggap sebagai perjalanan pertama. Kenapa? Kerana kami akan merentasi lebuhraya bersama-sama dengan sesuatu yang istimewa. Doakan kami.
' Ya Allah ya Tuhan kami. Kami mohon perlindungan daripadaMu, kami mohon kerahmatan daripadaMu, kami mohon taufik dan hidayah daripadaMu. Ya Allah ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami, dosa-dosa kedua orang ibu-bapa kami, dosa-dosa kaum muslimin dan muslimat.'
' Ya Allah, ya Tuhan kami, permudahkanlah perjalanan kami, pergi dan balik. Jauhilah kami daripada sebarang mala-petaka. Jika kami dipanggil dalam perjalanan ini, tempatkan kami di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Kaulah yang Maha Berkuasa dan Kaulah yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Ampunilah kami.'

Sunday, February 15, 2009

USAHLAH MENGUNGKIT


ADA banyak perkara yang kita tidak boleh lupa. Kita tidak lupa ibu bapa, kita ingat harta benda dan antara yang kita tidak lupa ialah kebaikan yang pernah kita lakukan.Malah, sesetengah daripada kita apabila berjumpa orang yang pernah kita berjasa, teringat jasa kita.
Kalau itu yang kita teringat, kita akan sentiasa banyak mengungkit dan mungkin nanti akan ada banyak halangan dalam berhubung sesama manusia. Dalam pertemuan kali ini, mari kita mendengar pesanan dan nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya. Pesannya: "Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang."Mari kita perhalusi pesanan Luqman di atas.
1. Mengingati segala kebaikan yang dilakukan orang lain kepada kita. Apabila kita ingat kebaikan orang, kita akan berasa kekurangan kebaikan yang kita lakukan kepada orang lain dan kita akan berusaha melakukan kebaikan.
2. Mengingati segala kejahatan yang kita lakukan. Ini supaya kita tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan kita terhadap orang lain.
3. Lupakan kebaikan yang pernah kita lakukan. Apa-apa kebaikan yang pernah kita lakukan hendaklah kita lupakan, kerana Allah saja yang dapat menilai apa yang kita buat. Ditakuti nanti, apabila kita sentiasa ingat kebaikan yang kita lakukan, menyebabkan syaitan akan memaut hati kita dan membisikkan supaya mengungkit kebaikan yang pernah dilakukan. Orang yang mengungkit kebaikan yang dilakukan menyebabkan amalan berkenaan menjadi sia-sia dan tidak bernilai di sisi Allah. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Orang yang mengungkit kebaikannya sama seperti daun kering yang dijilat api."Betapa ruginya amalan perbuatan terbabit. Habis begitu sahaja hanya dengan sekali ungkitan.
4. Lupakan kejahatan yang pernah dilakukan orang terhadap kita. Sebagai manusia, memanglah susah untuk kita melupakan kejahatan yang pernah dilakukan orang terhadap kita. Bagaimanapun, agama kita menuntut supaya melupakan kejahatan mereka. Kita perlu melawan supaya kita boleh lupakan kejahatan orang lain. Apabila kita melupakan kejahatan dan kesalahan orang lain, kita dapat membantu dan menolong mereka dengan melakukan kebaikan. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Orang yang baik ialah orang yang berbuat baik kepada orang membuat baik kepadanya dan membuat baik kepada orang yang membuat jahat terhadapnya."Lupakan kejahatan orang terhadap kita. Tiada guna mengingati kejahatan dan kesalahan orang kerana ia boleh merosakkan akal serta kebahagiaan hidup kita, malah menjadikan hidup kita tidak ceria. Marilah kita sama-sama mengikhlaskan diri dalam segala tindakan tanpa mengingati dan mengungkit kebaikan yang dilakukan supaya mendapat keredaan Allah serta kebahagiaan dunia mahupun akhirat.

Wednesday, January 14, 2009

Sunday, January 4, 2009

PERMINTAAN HATI


Di dalam segala hal, berdoa dan bertawakallah kepada Allah. Dia maha mengetahui apa yang tidak kita ketahui.

”Ya Allah, diriku tersepit di dalam kesusahan. Berikanlah pertolongan Mu, aku mohon kasih sayangMu. Wahai tuhan, hanya Engkau yang aku sembah, dan tempatku meminta pertolongan. Jangan jadikan ku mengharap dan meminta-minta pada sesama makhluk kejadianMu. Tunjukkan lah aku jalan yang lurus.”

Hati yang bersih akan sentiasa bercahaya. Cahaya tersebut tidak datang sendiri kecuali kita menjadi hambaNya yang terpilih. Sesungguhnya kita adalah hamba Allah yang lemah lagi tidak berdaya. Sehinggakan untuk membersihkan hati dan memohon cahaya pun kita perlu banyak berdoa dan meminta dariNya.

”Ya Allah, berikanlah nur (cahaya) di wajahku, penglihatanku, pendengaranku, pada lidahku, pada atas dan bawahku, kiri dan kanan ku, depan dan belakangku terutamanya pada hati ku. Ya Allah, berikanlah nur pada seluruh tubuh badan ku.”
.
.
(petikan dari blog Prof Kamil).