Thursday, February 26, 2009

PERJALANAN PERTAMA


Saya dan isteri tercinta akan bertolak ke Kamunting, Taiping hari ini. Perjalanan hari ini kami anggap sebagai perjalanan pertama. Kenapa? Kerana kami akan merentasi lebuhraya bersama-sama dengan sesuatu yang istimewa. Doakan kami.
' Ya Allah ya Tuhan kami. Kami mohon perlindungan daripadaMu, kami mohon kerahmatan daripadaMu, kami mohon taufik dan hidayah daripadaMu. Ya Allah ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami, dosa-dosa kedua orang ibu-bapa kami, dosa-dosa kaum muslimin dan muslimat.'
' Ya Allah, ya Tuhan kami, permudahkanlah perjalanan kami, pergi dan balik. Jauhilah kami daripada sebarang mala-petaka. Jika kami dipanggil dalam perjalanan ini, tempatkan kami di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Kaulah yang Maha Berkuasa dan Kaulah yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Ampunilah kami.'

No comments: